The Magic Of Green

"It is He Who created the Night & the Day,& the sun & the moon:all(the celestial bodies) swim along each in its rounded course."(Surah Al-Anbiya v33)

Ya Allah...

"Ya Allah...
Saat aku menyukai seseorang
Ingatkanlah aku bahwa akan ada sebuah akhir
Sehingga aku tetap bersama yang tak pernah berakhir

Ya Allah...
Saat aku merindukan seorang kekasih
Rindukanlah aku pada yang rindu Cinta Sejati-Mu
Agar kerinduanku terhadap-Mu semakin menjadi

Ya Allah...
Aku hendak mencintai seseorang
Temukanlah aku dengan orang yang mencintai-Mu
Agar betambah kuat cintaku kepada-Mu

Ya Allah...
Ketika aku sedang jatuh cinta
Jagalah cinta itu agar tidak melebihi cintaku pada-Mu

Ya Allah...
Ketika aku berucap aku cinta padamu
Biarlah kukatakan kepada yang hatinya tertaut pada-Mu
Agar aku tidak jatuh dalam cinta yang bukan karena-Mu

huhu...

tensionnyer thp max ni...
knp la agaknya kn melalui saat2 tension dlm hidup?
x leh ke kita rs tenang selalu?
x leh ke kita rasa damai sentiasa?

Adalah pencinta TuhanNya….
Yang mengalir cinta,takut dan harap…
Yang menguasai perjalanan penghidupanNya…

Dari waktu ke waktu….
Dari hari ke hari….
Sehingga perjalanan di antara….
Jasad dan nyawanya berakhir……

PEREMPUAN YANG DIRINDUI………
Adalah perempuan yang dimata dan wajahnya….
terpancar sinar Nur Ilahi…
Lidahnya basah dengan zikrullah…
Di sudut hati kecilnya…..
Sentiasa membesarkan Allah….

PEREMPUAN YANG DICINTAI…
Yang menutup auratnya….
Dari pandangan mata ajnabi…
Kehormatan dirinya menjadi mahal nilainya….
Di sanjung tinggi……
Penduduk langit dan bumi….

PEREMPUAN YANG DIIMPIKAN…
Adalah yang mendekatkan…
Hatinya yang telah jauh…
Kepada AR-Rahman, AR-Rahim…
Di saat orang lain dilamar kebendaan….

PEREMPUAN YANG DIKASIHI…
Yang bersyukur dengan apa yang ada…
Yang bersabar pada yang tiada….
Cinta pada hidup yang sederhana….
Yang tidak bermata benda…..

PEREMPUAN YANG DISUKAI…
Menjadi dian pada dirinya sendiri….
Menjadi pelita untuk putera-puterinya….
Yang bakal dilahirkan……
untuk menyambung perjuangannya di belakang hari….

Masih menanti Prince Charming? Sukar utk mcari psgn yg sesuai? Katakanlah kamu ada menyimpan perasaan pada seseorg. Tentu kamu sedaya upaya menyelidik latar belakang si dia. Apakah kesukaannya, di manakah si dia tinggal, ataupun siapakah teman rapatnya. Apa kata kalau kamu menyelidik pula tarikh lahir si dia dilahirkan. Nak tahu kenapa? Kerana anda boleh megetahui cara-cara utk memikat si dia melalui tarikh lahirnya.

1hb : Si dia berjiwa seni & gemar bersantai sambil menenangkan fikiran. Ajaklah si dia bersantai di persisiran pantai. Di samping itu minta si dia memainkan satu lagu dgn petikan gitar ataupun tiupan seruling khas utk kamu. Tentu si dia berfikir kamu mempunyai cita rasa yg sama dgnnya. Kira sesuailah tu!

2hb : Kamu blh mengharapkan pemberian sejambak bunga ataupun teddy bear kerana si dia berjiwa romantik. Di peringkat permulaan, si dia kelihatan malu-malu kerana takut dikecewakan. Apa kata kalau kamu menganggap si dia sebagai teman rapat dahulu. Manalah tahu selepas itu cinta akan berputik pula…

3hb : Sikap si dia sukar diramalkan. Maka kamu harus bersedia menghadapi sebarang kemungkinan. Si dia gemar melancong atau berkhemah & ini membuatkan si dia kekurangan masa utk bersamamu. Apa kata kamu berkongsi minat dgn si dia. Barulah kamu dapat memahami sikap si dia.

4hb : Kurang berkeyakinan dan takut utk mencuba sesuatu yg baru. Hah! Senang saja caranya. Apa kata setiap kali si dia bercadang utk melakukan sesuatu perkara, kamu berilah sepenuh sokongan dan galakan padanya. Katakn yg si dia mampu utk melakukan perkara tersebut. Dgn semangat yg kamu berikan itu pastinya si dia rasakan hanya kamulah teman setianya.

5hb : Selalunya si dia gemar memendam perasaan. Walaupun menyukai seseorg, sukar baginya berterus-terang. Cuba perhatikan tingkah-laku si dia terutamanya bila bersamanya. Kamu juga boleh menunjukkan tanda-tanda kamu menyenanginya utk membuatkan si dia tidak ragu-ragu utk memilih kamu sbg pasangan. Tak salah kalau kamu yang mengorak langkah dulu!

6hb : Si dia seumpama magnetic. Semua org sukakannya. Ringan tulang & bersedia membantu sesiapa yg bermasalah. Walaupun si dia mengenalimu tetapi tidak mempunyai sebarang tanda-tanda dia menyukai kamu. Apa kata kalau kamu cuba berkawan dengannya lebih rapat lagi & sentiasa bersama dalam keadaan susah atau senang. Mungkin si dia akan terus tertarik padamu. Siapa tahu!

7hb : Cepat panas baran& mudah mengeluarkan perkataan yg tak sepatutnya dilafazkan sehingga menyinggung perasaan org lain. Adakalanya boleh menimbulkan persengketaan disebabkan sikapnya itu. Jika si dia dlm mood yg baik, apa kata kalau kamu mengeluarkan pendapat supaya si dia mengubah sikapnya itu. Rasanya si dia ‘makan’ nasihat!

8hb : Si dia agak pendiam & menyukarkan kamu utk mendekatinya. Si dia hanya berbicara jika kena pada topiknya. Baginya buang masa saja kalau berbicara soal yg tidak berfaedah. Dgn ini, kamu perlu bijak utk memancingnya dgn topik-topik yg tip top agak si dia tahu yg kamu seorg yg berotak.

9hb : Seorg yg pandai mengambil hati & penyayang. Tapi awas! Ramai gadis yg mengejarnya. Maknanya kamu mempunyai ramai saingan. Apa kata kalau kamu menceritakan masalah yg kamu hadapi pada si dia. Si dia pasti menolong kamu punya. Cara ini boleh merapatkan lagi hubungan antara kamu berdua. Ok ler tu! Kalau tiada masalah, ciptalah! Sesekali takpe…

10hb : Seorg yg jujur, berterus-terang & akan berusaha mendapatkan apa yg diingininya. Si dia mudah disenangi org sekelilingnya dan kamu pula harus pandai mengambil hati si dia. Salah satu caranya ialah kamu sering bertanya khabar & mengambil berat ketika si dia sedang murung.

11hb : Mementingkan kerjaya adakalanya samapai melupakan kehidupan social. Apa kata kalau kamu sesekali mengajak si dia menemani kamu menghadiri majlis yg dianjurkan oleh temna-teman. Katakan pada si dia, janganlah terlalu memikirkan soal kerja & dia juga perlukan rehat yg cukup. Kerja…samapi mati pun takkan habis!

12hb : Lebih bersikap sederhana. Tidak suka memikirkan hal remeh-temeh. Bagi mereka yg penting adalah kerjaya & soal masa depan. Utk menambat hati si dia senang shja, seseorg itu haruslah belajar bersikap sederhana & tidak terlalu mengongkong. Sempoi & jgn terover caring…

13hb : Tegas dalam membuat keputusan. Mungkin kali pertama mengenalinya seseorg itu cepat merasa bosan. Namun yg pasti jauh di sudut hati, mereka ini memang jenis yg penyayang walaupun bukan dibuktikan dgn kata-kata. Nak tackle? Jgn terlalu manja & belajar hidup berdikari tanpa mengharapkan pertolongan dari org lain.

14hb : Berjiwa penyayang & sukakan kanak-kanak. Ada cirri bapa mithali la ni. Si dia juga mementingkan keluarganya. Apa kata kalau kamu berpeluang mengenali keluarganya, belilah jiwa ibu bapa & adik-beradiknya yg lain. Apa yg penting kamu mesti berjiwa penyayang bukan pada dirinya saja tetapi seluruh ahli keluarganya.

15hb : Suka memendam rasa. Mungkin di wajahnya mengukirkan senyuman namun dihatinya siapa tahu? Bagi kamu yg memang semulajadi manja & caring, amat sesuai utk mereka jenis ini. Yg penting, sebelum mengeluarkan kata-kata tapis dulu agar hatinya tidak tersinggung.

16hb : Garang! Walaupun garang adakalanya dia mempunyai sikap yg romantik & penyayang. Tapi awas! Jika kamu tersilap langkah mungkin kamu akan dimarahinya. Tak hairanlah lelaki jenis ini amat sukar didekati. Utk mendekatinya, seseorg itu haruslah bersikap lemah lembut & pendiam.

17hb : Lembut. Sekali pandang mungkin kamu akan mengambarkan si dia ini jenis yg lembut. Namun sebenarnya mereka juga seorg yg tegas dalam membentuk keharmonian sebuah perhuabungan. Nak tahu bagaimanakah untuk mendekatinya? Senang je…ambil berat & jgn ambil peluang di sebalik sikapnya yg lembut.

18hb : Berkebolehan melukis & kreatif. Banyak menghabiskan masanya dgn hobi ini. Apa kata kalau kamu memintanya melukis potret kamu. Tentunya kamu terpaksa duduk dihadapanya berjam-jam lamanya utk si dia menyiapkan potretmu. Time nilah kamu kena maintain ayu!

19hb : Mudah tersinggung & agak manja. Si dia akan suka sekiranya kamu melayannya seperti baby. Melalui lirikan & senyuman manjamu sudah cukup utk menawan hatinya. Bukan itu saja, kamu juga kena selalu memberikan kata-kata puitis padanya. Jiwang karat la pulak!

20hb : Tenang & bersahaja, adakalanya jika menghadapi situasi yg mencemaskan, riak wajahnya akan tetap tenang tapi tidak hatinya. Kamu juga perlu bersikap tenang tapi bukan hipokrit yek! Ia takkan membantu kamu utk memikat si dia. Kamu perlu bijak menyelami hati si dia utk mengetahui rahsia yg disembunyikan itu.

21hb : Sering bersikap ‘moody’ tapi masih boleh dikawal. Tapi si dia gemar bersantai di kafe-kafe sambil mendengar muzik rentak perlahan. Kamu hanya perlu tahan dengan sikapnya sekiranya mood si dia berubah. Bagi kamu yg jenis sempoi & tidak kisah amat sesuai utk mereka yg bersikap moody.

22hb : Agak emosional & sukar mengawal perasaan. Tetapi jiwanya mudah cair dgn pujuk rayu seseorg gadis. Ini bukan bermakna kamu kena pujuk rayu pada si dia. Jatuhlah maruah, beb! Tapi kamu kenalah lemah lembut & sopan santun bil aberhadapan dgn si dia. Kontrol ayu!

23hb : Seorg yg agak ego, moody & mementingkan diri sendiri. Si dia juga amat mementingkan kawan-kawannya. Walaupun adakala sikapnya itu membuatkan kamu makan hati, kenlah kamu bertahan kalau benar kamu sayangkannya. Nak tahu bagaimana nak menawan hati si dia? Senang saja, apa kata kalau kamu masakkan makanan kegemarannya. Gerenti hit punya!

24hb : Seorang yg takut menghadapi kekecewaan mungkin disebabkan kisah silamnya. Kamu tentunya tidak mahu si dia menganggap kamu seperti kekasihnya yg sebelum ini pernah melukakan katinya. Jadi kamu harus membuktikan yg kamu lain dari yg lain. Misalnya setia dalam perhubungan jgn pandang lelaki lain ketika bersamanya.

25hb : Happy go lucky & gemar berbuat lawak. Kan beruntung kalau kamu pun bersikap sebegitu. Bertambah ceria lagi hubungan kamu nanti. Tapi kalau kamu tak pandai buat lawak, baik diam saja. Kang jadi lawak bodoh pula. Haru!

26hb : Si dia adalah seorg yg mudah dipengaruhi. Jgn terkejut jika si dia mempunyai koleksi kekasih. Si dia senang ditawan tetapi banyak rintangan yg terpaksa dihadapi. Si dia meminati gadis yg berkarektor & tahan lasak. Apa kata kalau kamau mengajak si dia melakukan aktiviti lasak seperti paying terjun. Pasti si dia menyukainya.

27hb : Walaupun nampak brutal tapi sebenarnya si dia berjiwa sentimental. Kamu pula jgn cuba mengambil kesempatan ke atas dirinya kerana ia akan mengubah kepercayaannya terhadapmu. Kamu juga perlu melaksanakan janjimu sekiranya berjanji dgn si dia.

28hb : Si dia suka memerintah. Teruklah macam ni. Kamu perlu tahu mengawal perasaan kamu sekiranya si dia bersikap sebegitu terhadapmu. Apa kata kalau kamu mengingkari arahannya & katakana padanya mengapa kamu berbuat demikian. Manalah tahu dengan cara ini, dpt mengubah sikapnya itu.

29hb : Seorg yg gemar bertukar-tukar pasangan. Renungan manja kamu dapat mencairkan si dia. Namun apa kata kalau kamu buat-buat jual mahal & tentunya si dia ingat kamu ni jenis yg susah nk ditackle. Tentu si dia rasa tercabar & akan cuba mendekati dirimu. Apa lagi…

30hb : Seorg yg boros berbelanja terutamanya ‘memekapkan’ kereta kesayangannya itu. Rapati dirinya & kalau boleh beri nasihat supaya dia boleh mengawal perbelanjaan & simpan duit utk masa depan. Tentu si dia terfikir kamu seorg yg merancang utk masa depan.

31hb : Gemar bergaya & emmentingkan penampilan. Si dia juga sukakan gadis yg berpersonaliti. Kamu? Kenalah mengubah penampilan. Kalau selama ini kamu gemar berpakaian sempoi, kenalah ubah stail. Lebih up to date dan trendy.

(sumber Majalah Remaja 15 Ogos 2000)