The Magic Of Green

"It is He Who created the Night & the Day,& the sun & the moon:all(the celestial bodies) swim along each in its rounded course."(Surah Al-Anbiya v33)

Untukmu Palestin

Berdzikir dengan nama tuhanmu
Bermunajatlah di tengah malam
Bertaubatlah padanya penuh rasa hamba
Agar doa kita di.. makbulkan
Agar Palestina kita genggam semula
Agar Palestin bebas di tangan kita
Kembali damai disirami air

Kebenaran Al-Quran dan sunnah
Palestina kan dimiliki lagi
Ingatlah Allah dan hindarkan dosa
Palestin kan aman lagi
Dengan ketaatan dan amalan soleh

Palestine you will regain your land
Remember Allah and stay away from sin
Palestine will be at peace again
And filled with the worship of Allah

Dengan kata dan ketaqwaan
Pada Allah yang maha kuasa
Ketakutan dan kelemahan
Peluru dan dentuman
Bukan lagi penghalang
Pembelaan Allah akan datang
Palestin... Palestin... Palestin
Palestin... Palestin... Pa...lestin


BOYCOTT ISRAEL

Kekasihku...

Kekasih,

Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusutan yang membelit tali perutku. Dan kehadiranmu itu mengajar aku erti rindu gelora dan shahdu.

Kau juga mengajarku erti cinta, singa laut,beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga.Kala itu, kita bagaikan Nobita dan Sizuka.Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu telah mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. Kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.

Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang telah terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelahaku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.

Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASAT-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari bahawa diri ini tidak diperlukan lagi.

Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-bual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung di dalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah kemana menghilang. Aku cuba bermain badminton sambil makan mi hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.

Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Mengapa setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan di atas belakangku. Derita yang kautimpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untuk ku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah

landasan LRT dan kemudiannya digilis pula keretapi Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.

Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mi segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam di tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah pun luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadiah pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.

Walaupun segalanya telah pun berakhir, disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahawa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan mektamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak?

sumber : sepaku.net

sedihnyer...

Kenapa aku bsedih
dikala org lain sdg bgembira?
Kenapa aku menangis
ketika org lain ketawa?
Kenapa aku menitiskan airmata
di kala org lain bahagia...

Ya Allah knp aku bsedih?
knp aku menangis?
sensitif sgt ke aku ni?
ada yg kata aku ni cpt sgt emo. btl ke?

tgk citer sdh pun leh nangis..
kn mrh pun nangis..
mmg aku pyedih agaknye..

kdg2 aku rs sunyi..
xde kwn, xde teman apth lg shbt..
xde tmpt nk aku luahkan ape yg aku rs..
kesiannye dgn hidup aku..

knp aku selalu rs sdh?
knp aku selalu menangis?
aku ke yg slh..
jika xde sape nk kwn ngn aku?
aku ke yg slh..
jika aku rs aku yg btl?
hakikatnye tiada sape yg myatakn aku bslh..
xde sape2 jgk kata aku yg btl..
abis tu mn yg btl ni??
kompius btl la...

andai ini ujian-Mu utkku Ya Tuhan..
berilah aku ketabahan..
berilah aku kekuatan...
semoga aku ttp tng dgn ujian-Mu
ku tahu..Kau mberikan ujian mgikut kemampuan hamba-Mu
tp Ya Allah aku tlalu sdh...sedihnye...uwaa....

skrg aku dah tau knp aku bsedih...
sbb aku tlalu mjaga hati org lain..
tnpa mpedulikan hati aku sdiri...

Doa Utk Kekasih

بسم الله الرحمن الرحيم

Ya Allah Ya Tuhanku

Pintaku...

Seandainya aku jatuh cinta

Jangan kau biarkan rasa ini

Mengurangi sedikit pun

rasa cintaku pada-Mu

hingga membuatku lupa akan adanya Engkau

Ya Allah Ya Tuhanku

Seandainya aku jatuh cinta

Penuhilah hatiku dengan bilangan cinta-Mu

Biar rasaku pada-Mu tetap utuh

Ya Allah Ya Tuhanku

Seandainya aku jatuh cinta

Pilihkan oleh-Mu seseorang yang hatinya

dipenuhi dengan cinta-Mu

hingga membuatku semakin megagumi-Mu

Ya Allah Ya Tuhanku

Seandainya aku jatuh cinta

Pertemukanlah kami

berilah kami kesempatan

untuk bersama-sama mendekati cinta-Mu

Ya Allah Ya Tuhanku

Terakhir pintaku adalah

Seandainya aku jatuh cinta

Jangan Kau palingkan wajah-Mu dariku

Anugerahkan aku cinta-Mu

Cinta yang takkan pernah pupus

Walau ditelan waktu...

Wahai insan bernama lelaki...
Izinkan aku mencoretkan secebis luahan hatiku untukmu

Wahai insan bernama lelaki...
Usahlah kau menunding jari menyatakan aku yg bsalah
Usahlah menyatakan aku layak menerima hukuman ini
Tanpa kau tahu siapa aku sebenarnya
Tanpa kau tahu apa yg kualami sepanjang langkah ini
Tanpa kau mengetahui kisah silam di sebalik perjalanan hidupku

Wahai insan bernama lelaki..
Aku jadi begini kerana kaum sejenismu...
Tahukan engkau betapa aku menderita...
Betapa sakitnya hati yg terluka?
Tidak pernahkah kau mendengar pepatah..
Luka yg disebabkan oleh kata2 lebih bisa dari sebilah pisau?

Wahai insan bernama lelaki...
Salahkah bila aku merindui??
Salahkah aku membina harapan?
Salahkah andai aku jatuh cinta?

Wahai insan bernama lelaki...
Sayang ku untukmu sudah lama musnah
Rindu ku padamu telah lama mati...
cinta ku padamu telah lama berkubur...
Yang ada hanya dendam yang makin membara...

Wahai insan bernama lelaki..
Usahlah kau bimbang..
Semua itu telah berlalu...
Ku sedar kau juga makhluk ciptaan-Nya
Cinta adalah fitrah dalam kehidupan..
Ku tahu di sana Allah telah menyediakan seseorang untukku...
Dialah INSAN BERNAMA KEKASIH...

salam utk sume....
sy br je bjinak2 nk aktif sbg blogger...tp x reti sgt lg...
so sbg pmulaan..sy sdiri x tau nk post ape kat sini...
tgguler...sy akn cerita pjg2 lg....esp: pasal hati hehe :p
segala komen,pndangan juga kritikan amatlah diharapkan...

salam mawaddah penuh sakinah.....